Portal KPTM Nursing


Join the forum, it's quick and easy

Portal KPTM Nursing
Portal KPTM Nursing
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Social Circle Mastery Braddock Pdf
Selamat jalan Jackson EmptyTue Mar 18, 2014 1:31 pm by jamtanel

» Sum 41-Pieces Mp3
Selamat jalan Jackson EmptyThu Dec 19, 2013 5:03 pm by 

» Linkin Park-We Made It (Single) Mp3
Selamat jalan Jackson EmptyThu Dec 19, 2013 4:51 pm by 

» Stock Vector - Menu Templates
Selamat jalan Jackson EmptyThu Dec 19, 2013 4:23 pm by 

» Nisfu Syaaban
Selamat jalan Jackson EmptyWed Aug 05, 2009 11:07 pm by mrjohan

» Segalanya Bermula Dengan Niat
Selamat jalan Jackson EmptyWed Aug 05, 2009 12:17 pm by mrjohan

» Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Selamat jalan Jackson EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Selamat jalan Jackson EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Selamat jalan Jackson EmptyWed Aug 05, 2009 12:15 pm by mrjohan

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 46 on Fri Mar 07, 2014 3:23 pm

Selamat jalan Jackson

Go down

Selamat jalan Jackson Empty Selamat jalan Jackson

Post  mrjohan Wed Jul 08, 2009 10:38 pm

Selamat jalan Jackson Lu_01.1
[center]

Upacara pengebumian Michael Jackson dimulakan dengan keluarga Raja Pop itu berkumpul mengadakan majlis khas untuk memberi penghormatan terakhir kepada Jacko, sebelum mayatnya dibawa ke arena sukan Staples Center, di sini untuk menghadiri satu upacara penghormatan kepada Raja Pop itu.

Ketua Polis Los Angeles, Bill Bratton mengesahkan mayat Jackson akan dibawa ke arena sukan itu selepas keluarganya mengadakan majlis khas untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya.

Di Staples Center keranda Jackson diletakkan di tengah-tengah pentas yang akan menyaksikan bintang-bintang seperti Stevie Wonder, Mariah Carey dan Lionel Richie mengadakan persembahan bagi memberi penghormatan kepada ikon pop itu.

Keluarganya mencadangkan supaya mayat Jackson dibawa ke Staples Center dengan helikopter bagi mengelakkan kesesakan jalan raya, diiringi pasukan SWAT daripada Jabatan Polis Los Angeles.

Barisan kenderaan kereta limosin hitam dan Range Rovers, diiringi Pasukan Peronda Lebuhraya California yang akan mengiringi kenderaan yang membawa mayatnya, memenuhi kawasan perkarangan rumah keluarga Jackson sejak sebelum pukul 8 pagi lagi.

Laluan bebas kenderaan ditutup pada waktu puncak di Los Angeles untuk memberi laluan kepada perarakan kenderaan yang mengiringi kereta membawa mayat Jacko untuk dibawa ke tanah perkuburan Forest Lawn Memorial Park di kaki bukit Hollywood untuk upacara pengebumian yang diadakan secara tertutup.

Ketiga-tiga anak Jackson, Paris Michael, 12 Paris, 11, dan Prince Michael II, 7, tidak kelihatan, tetapi ibu bapanya, Joe dan Katherine, kelihatan berjalan memasuki bangunan itu bersama-sama adik-beradik Jackson yang lain.

Sementara itu, di pinggir bandar Los Angeles seolah-olah ‘sepi’ kerana bersedih sempena pengebumian Jackson.

Polis menutup jalan-jalan utama dan menasihati mereka yang tidak mempunyai tiket supaya tidak mendekat arena sukan tempat upacara penghormatan kepada Jackson diadakan.

Tidak jelas ke mana mayat Jackson akan dibawa selepas upacara penghormatan itu, walaupun besar kemungkinan ia akan dibawa ke tanah perkuburan di Forest Lawn untuk dikebumikan.

Lebih satu bilion orang mengikuti upacara penghormatan kepada Jackson di Staples Center melalui Internet.

Utusan Malaysia, 8 Julai 2009
mrjohan
mrjohan
Admin

Posts : 35
Join date : 2009-07-02
Age : 37
Location : Jitra

https://portalkptmnursing.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum