Portal KPTM Nursing


Join the forum, it's quick and easy

Portal KPTM Nursing
Portal KPTM Nursing
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Social Circle Mastery Braddock Pdf
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyTue Mar 18, 2014 1:31 pm by jamtanel

» Sum 41-Pieces Mp3
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyThu Dec 19, 2013 5:03 pm by 

» Linkin Park-We Made It (Single) Mp3
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyThu Dec 19, 2013 4:51 pm by 

» Stock Vector - Menu Templates
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyThu Dec 19, 2013 4:23 pm by 

» Nisfu Syaaban
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyWed Aug 05, 2009 11:07 pm by mrjohan

» Segalanya Bermula Dengan Niat
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyWed Aug 05, 2009 12:17 pm by mrjohan

» Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyWed Aug 05, 2009 12:16 pm by mrjohan

» Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Kaka serasi dengan Ronaldo EmptyWed Aug 05, 2009 12:15 pm by mrjohan

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 46 on Fri Mar 07, 2014 3:23 pm

Kaka serasi dengan Ronaldo

Go down

Kaka serasi dengan Ronaldo Empty Kaka serasi dengan Ronaldo

Post  mrjohan Thu Jul 02, 2009 2:46 pm

Kaka serasi dengan Ronaldo Sl_05.1[img][/img]

MADRID - Kaka kelmarin diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Real Madrid dalam satu majlis khas ala Hollywood di hadapan 50,000 peminat Galactico di Stadium Santiago Bernabeu.

Pengarah urusan kelab tersebut, Jorge Valdano menjanjikan musim kedua Florentino Perez sebagai presiden kelab itu tidak akan mengecewakan dengan kehadiran pemain pertama yang dibeli musim ini.

''Ia hari yang sangat istimewa bagi saya. Saya harap saya dapat mencatat nama saya dalam sejarah kelab ini dengan kejuaraan,'' kata Kaka berucap di atas pentas khas di tengah padang.

Pintu masuk ke stadium dibuka kepada peminat yang memenuhi pentas yang dihias dengan warna juara Eropah sembilan kali itu.

Perez mula-mula menaiki pentas dan berterima kasih kepada Kaka kerana memilih Real Madrid.

Pemain Brazil itu diberikan jersi No. 8 malah sepanjang acara dia terpaksa dilindungi pengawal ketika berjalan menuju ke arah peminat.

Sesetengah peminat cuba bersalaman dengan bekas pemain AC Milan yang menyebabkan Real terpaksa berbelanja 67 juta euro (RM331 juta).

Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo yang mencatat rekod perpindahan termahal di dunia dengan bayaran 80 juta pound (RM460 juta), akan diperkenalkan kepada peminat Isnin ini dalam satu acara lain yang akan disiarkan secara langsung di televisyen dan internet seluruh dunia.

Dalam pada itu, Kaka tidak bimbang dengan satu lagi nama besar yang mungkin akan mewujudkan ketegangan dalam skuad Real.

''Satu keistimewaan kerana dapat beraksi bersamanya. Tiada permusuhan dengan Cristiano. Kami serasi di dalam dan luar padang. Kami pemain berpengalaman dan tiada ruang untuk rasa cemburu,'' kata Kaka.

Dia turut mengulas mengenai era Galactico kedua di Real Madrid

''Berdasarkan pengalaman saya, bakat sahaja tidak memadai. Banyak pemain berbakat yang tidak memenangi apa-apa dan pemain lain yang kurang keupayaan sebaliknya lebih berjaya.

''Memang bagus mempunyai pemain berbakat namun mereka perlu berkorban demi pasukan,'' kata Kaka.

Pertahanan Sepanyol, Raul Albiol, yang menyertai Real dengan bayaran 15 juta euro (RM71 juta) dari Valencia, dijangka akan diperkenalkan kepada peminat minggu ini. - Reuters
mrjohan
mrjohan
Admin

Posts : 35
Join date : 2009-07-02
Age : 37
Location : Jitra

https://portalkptmnursing.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum